HOBI SEBAGAI PENGISI WAKTU LAPANG

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, hobi dapat didefinisikan sebagai aktiviti kegemaran yang dilakukan pada waktu senggang dan bukan merupakan pekerjaan utama. Peribahasa rambut sama hitam tapi hati lain-lain menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai hobi yang berbeza-beza dan tersendiri.


               Sebagai analoginya, ada yang suka bersukan, ada yang minat mengumpul setem, ada juga yang gemar mendaki gunung dan pelbagai hobi yang lain. Persoalannya, mengapakah setiap insan di dunia ini perlu mempunyai hobi? Sesungguhnya semua orang mempunyai alasan tersendiri yang menyebabkan mereka melakukan hobi yang digemari itu. 

               Menurut pandangan saya, hobi memang sewajarnya dimiliki oleh semua orang tanpa mengira usia, pangkat dan keturunan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti positif seumpama ini banyak memberikan maslahat dalam kehidupan setiap insan. Tidak terkecuali saya, yang turut memperoleh kebaikan daripada hobi yang saya lakukan iaitu mengumpul karikatur mainan lego.


Antara koleksi lego kegemaran

Walaupun memerlukan wang,namun ia tidak menjadi masalah kepada saya kerana kita perlu melakukan perkara yang boleh membahagiakan kita.Selain itu juga,koleksi lego ini juga kekal dan tidaklah bersifat sementara seperti makanan.Jadi ia tidak menjadi masalah kepada saya untuk meneruskan hobi ini.



Cita-cita akan datang

Comments